fbpx

Banjir: Penangguhan kepada pembayar cukai, majikan yang terjejas – LHDN

Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang telah melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini telah memberi kesan kepada liabiliti serta obligasi pembayar cukai dan / atau majikan untuk membuat bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan termasuklah bayaran anggaran cukai, ansuran cukai sama ada di peringkat siasatan, audit, pungutan dan guaman sivil serta bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja.

Atas dasar keprihatinan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terhadap pembayar cukai dan / atau majikan yang terjejas akibat bencana banjir ini, penangguhan bayaran cukai adalah dibenarkan seperti yang berikut:


1.1 Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022;

1.2 Bayaran ansuran siasatan / audit / pungutan / guaman sivil bagi bulan Januari 2022 ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022;

1.3 Tarikh akhir bayaran PCB dan / atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember 2021 dilanjutkan untuk diremit sehingga 31 Januari 2022; dan

1.4 Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.Pembayar cukai dan / atau majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran cukai ini kepada HASiL melalui kaedah seperti yang berikut:

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts