RIO DE JANEIRO: Pemenang Piala Dunia Brazil, Ronaldo positif COVID-19 semalam yang memaksanya membatalkan kehadirannya bagi sambutan ulang tahun ke-101 pasukan pertamanya, Cruzeiro kata kelab itu.
Penyerang berusia 45 tahun itu “bagus tetapi ada simptom kecil dan kini akan berehat dan mengasingkan diri mengikut nasihat perubatan” kata Cruzeiro yang dibeli Ronaldo bulan lalu menerusi Twitter.
Ronaldo yang juga bintang Piala Dunia Brazil pada 2002, tiga kali diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA, mengumumkan pada 18 Disember dia membeli saham Cruzeiro, tempat dia memulakan karier profesional pada 1993 ketika berusia 16 tahun.
Dia meledak 56 gol dalam 58 perlawanan buat skuad berpangkalan di Belo Horizonte itu sebelum meraikan karier gemilang di Eropah bersama PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan.
Dia menang Ballon d’Or pada 1997 dan 2002.
Ronaldo juga beraksi bersama skuad Piala Dunia 1994 Brazil dan meledak lapan gol dalam tujuh perlawanan apabila Selecao sekali lagi menang pada 2002.
Dia menamatkan karier bersama pasukan berpangkalan di Sao-Paulo, Corinthians pada 2011. – AFP
Sumber: Berita Harian