fbpx

Khabib perli Ferguson

Photo: The Sun

London: Khabib Nurmagomedov mengejek Tony Ferguson selepas bekas juara interim UFC lightweight itu terlebih dahulu mengejeknya di media sosial.

Pada November tahun lalu, Ferguson memuat naik gambar dirinya sedang menyiku Khabib dengan keterangan gambar memperli lawannya itu cuba melarikan diri daripadanya.

Khabib yang sudah bersara dengan tenang membalas seteru utamanya itu apabila menulis di Twitter: “8 Jun 2019.”

Ia merujuk kepada kali terakhir Ferguson meraih kemenangan, iaitu ketika menewaskan Donald Cerrone pada UFC 239.

Ferguson bagaimananpun enggan mengalah, sebaliknya membalas: “UFC 209, dia berasa takut sepanjang hidupnya. UFC 249, dia lari.”

Meskipun Khabib sudah bersara, kedua-dua musuh itu masih kekal mempunyai hubungan yang renggang dan sering ‘berperang’ di media sosial.

Mereka sepatutnya bertemu antara satu sama lain sebanyak lima kali namun kesemuanya gagal menjadi kenyataan.

Kecederaan yang menimpa kedua-dua pertarung itu, kategori berat badan yang tidak sama selain pandemik Covid-19 menyebabkan usaha untuk menemukan kedua-duanya gagal.

Ferguson, 37, mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut iaitu di tangan Justin Gaethje, Charles Oliveira dan Beneil Dariush.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts