fbpx

Ronaldo kena kecam penyokong sendiri

London: Penyokong mengecam Cristiano Ronaldo susulan kekalahan memalukan 0-1 Manchester United kepada Wolves. Gol tunggal Joao Moutinho menyaksikan skuad bimbingan Bruno Lage meraih kemenangan menakjubkan di Old Trafford yang juga kekalahan pertama di bawah bimbingan pengurus sementara, Ralf Rangnick. Ronaldo mengetuai Red Devils namun aksinya gagal membantu tuan rumah yang dilihat tidak bersemangat sepanjang perlawanan […]

Bekas penjaga gol kebangsaan era 70-an Abdul Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol skuad kebangsaan pada Piala Asia 1976 dan 1980, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook mengesahkan, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun, meninggalkan isterinya Fatimahwati Dahlan dan lapan anak. “Salam takziah diucapkan kepada waris dan keluarga […]

Empat kes varian Omicron dikesan di Kelantan

Kota Bharu: Seramai empat individu di Kelantan yang disahkan positif Covid-19 varian Omicron, semalam. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin ketika diminta mengulas laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron itu membabitkan penduduk dari Kelantan. […]

Vaksin COVID-19: Lebih 6.86 juta individu selesai terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 6.86 juta individu atau 21 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19. Pada Selasa, terdapat pertambahan 234,799 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.62 juta populasi keseluruhan atau 78.5 peratus yang lengkap divaksinasi. Manakala, 26 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu […]

Solat di Kelantan kekal jarak 1.6 meter

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan fardu di masjid, surau serta musalla sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini. Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan itu dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid […]

MRT Phileo Damansara rosak, Rapid Rail mohon maaf

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara. Menurut Rapid Rail, pasukan teknikalnya ketika ini sedang sedang giat mengenal pasti masalah. Bagaimanapun pihaknya telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo […]