fbpx

Buli: Nasib 10 pelajar MRSM di tangan pihak pendakwa raya

Video tular berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya dalam bilik asrama dan ditumbuk di bahagian perut.

KUALA KANGSAR –  Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes buli membabitkan 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Omar Bakhtiar Yaakob berkata, kertas siasatan kes dilengkapkan pada 17 Dis dan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya negeri Perak untuk tindakan seterusnya dua hari lepas.

“Kes membabitkan 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar ini telah selesai disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi sekarang ia bawah (tindakan lanjut) pihak pendakwa raya,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis telah mengambil keterangan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang 15 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Ia susulan penularan video berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya dalam bilik asrama dan ditumbuk di bahagian perut.





Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts