fbpx

Kes pertama Omicron di Sabah

Kota Kinabalu: Sabah semalam mengesahkan satu kes import COVID-19 varian Omicron pertama yang dikenal pasti di daerah Tawau.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri, antara 9 Disember hingga 18 Disember lepas.

“Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember melalui Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesakit bersama isteri tiba di Tawau pada 20 Disember lepas.

“Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarahkan menjalani kuarantin di rumah mereka. Keputusan ujian penjujukan genome pada 4 Januari lepas menunjukkan lelaki itu positif varian Omicron.

“Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lepas.

“Keputusan penjujukan genome untuk isterinya masih belum didapati,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mengulas lanjut, Masidi berkata kedua-dua pesakit sudah menerima vaksin lengkap seawal bulan Jun tahun lepas.

“Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat. Semasa disahkan positif Covid-19, pesakit adalah pesakit kategori dua manakala isterinya adalah pesakit kategori satu

“Mereka berdua selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari dan sudah pulih daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts