fbpx

Ronaldo didakwa punca United retak

Photo: The Sun

MANCHESTER: Kehadiran Cristiano Ronaldo di Manchester United menimbulkan rasa tidak puas hati di bilik persalinan, dengan rakan sepasukan bimbang terhadap pengaruhnya.

Media tempatan melaporkan, bilik persalinan skuad kendalian Ralf Rangnick kini tidak sehaluan dengan Ronaldo didakwa menjadi punca perpecahan itu.

Bintang Portugal yang kembali ke Old Trafford musim panas lalu itu dikatakan mengganggu corak permainan pasukan berbanding menambah baik prestasi United.

Beberapa tonggak utama pasukan mula menuding jari ke atas bintang mereka itu yang mereka rasakan tidak boleh digugurkan.

Selepas kekalahan di tangan Wolves, bek tengah Luke Shaw mengakui skuad United kini tidak lagi sehaluan, dan mendakwa mereka kurang komited.

Antara faktornya ialah Ronaldo membentuk kumpulannya sendiri dengan pemain-pemain yang boleh berbahasa Portugis – Bruno Fernandes, Diogo Dalot, Fred dan Alex Telles.

Laporan media tempatan turut mendedahkan yang seramai 11 pemain mahu meninggalkan kelab.

“Ia tidak bagus. Suasana sekarang amat buruk dan ia kelihatan seperti masalah besar sedang menanti United,” kata laporan berkenaan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts