fbpx

15 atlet terima ‘durian runtuh’ IOC

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 15 atlet negara terpilih menerima biasiswa Olimpik daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sekali gus melayakkan mereka menerima elaun sebanyak AS$500 (RM2,088) sebulan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata badan induk itu sebelum ini menerima 40 pencalonan daripada 11 jenis sukan.

“Antara kriteria yang ditetapkan IOC adalah penerima perlu di kalangan atlet-atlet yang berpotensi untuk layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Selepas saringan dibuat, seramai 15 atlet terpilih untuk menerima biasiswa berkenaan ,” katanya.

Mengetuai senarai atlet yang terpilih adalah jaguh basikal trek negara yang juga pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 bagi acara keirin, Datuk Azizulhasni Awang selain pemenang gangsa badminton dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Empat lagi pemain badminton kebangsaan turut berada dalam senarai terpilih iaitu Lee Zii Jia, S Kisona, Pearly Tan dan M Thinaah.

Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad juga disenaraikan bagi menerima biasiswa berkenaan bersama dua pelumba basikal trek, Muhammad Fadhil Mohd Zoniz dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Dua atlet terjun, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri selain tiga pelayar muda negara, Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali, Nur Shazrin Mohd Latif turut berada dalam senarai 15 atlet kebangsaan yang terpilih.

INFO

1. Khairul Anuar Mohd (Memanah)

2. Lee Zii Jia (Badminton)

3. Aaron Chia (Badminton)

4. Soh Wooi Yik (Badminton)

5. Pearly Tan (Badminton)

6. M Thinaah (Badminton)

7. S Kisona (Badminton)

8. Datuk Azizulhasni Awang (Basikal trek)

9. Muhammad Fadhil Zonis (Basikal trek)

10. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Basikal trek)

11. Datuk Pandelela Rinong (Terjun)

12. Nur Dhabitah Sabri (Terjun)

13. Nuraisyah Jamil (Terjun)

14. Juni Karimah Noor Jamali (Terjun)

15. Nur Shazrin Mohd Latif (Terjun)

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews