fbpx

Varian Omicron lebih dekat dengan endemik – EMA

THE HAGUE: Penyebaran varian Omicron menjadikan COVID-19 penyakit endemik dengan manusia boleh hidup bersama virus itu, terus kekal sebagai pandemik pada masa kini.

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap pemberian suntikan vaksin keempat dengan menegaskan, dos penggalak berulang bukanlah strategi ‘mampan’.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan lebih separuh daripada individu di Eropah akan dijangkiti varian berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang.

“WHO juga menyatakan dos penggalak COVID-19 berulang bukanlah strategi yang berdaya maju.

“Jika kita terus dengan strategi memberikan dos penggalak setiap empat bulan, kita berkemungkinan akan menghadapi masalah dengan tindak balas imunisasi.

“Dan keduanya, sudah tentu wujud risiko keletihan dalam populasi dengan pengambilan dos penggalak yang berterusan,” kata pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) itu.

Ketua Strategi Vaksin EMA, Marco Cavaleri, menegaskan semua negara sebaliknya perlu mula memikirkan mengenai jarak pengambilan dos penggalak untuk selang masa yang lebih lama dan memberikan suntikan itu pada permulaan musim sejuk seperti pemberian vaksin selsema.

Dalam kenyataan berasingan, EMA menyatakan kajian mengesahkan bahawa varian Omicron lebih merebak, namun risiko kemasukan ke hospital hanya satu pertiga dan separuh daripada yang disebabkan varian Delta. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts