fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak sehingga Sabtu

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) di beberapa kawasan di Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, penumpuan angin yang sedang berlaku di Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi Amaran Hujan Berterusan (Waspada), ia dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan.

Katanya, kawasan itu termasuk Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).

“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews