fbpx

Transaksi tol RFID bermula 10 malam esok

The Works Ministry said that all toll transactions along the Juru, Penang to Skudai, Johor highway for private Class 1 vehicles will switch to RFID. — Bernama pic

PETALING JAYA: Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam, esok. 

Menurut PLUS, pelanggan lebuh raya PLUS digalakkan beralih kepada sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID untuk perjalanan yang senang, selamat dan selesa. 

Katanya, tag Touch ‘n Go RFID boleh digunakan untuk transaksi tol di lebuh raya dalam masa satu hari atau 24 jam pendaftaran dan pemasangan. 

“Jangan lupa untuk menambah nilai baki ke dalam Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu kerana tag tersebut tidak mempunyai baki setelah dipasang. 

“Buat urusan tambah nilai dengan lebih mudah, pada bila-bila masa dan di mana juga menerusi Aplikasi Touch ‘n Go eWallet,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

PLUS juga menyarankan pelanggan lebuh raya membuat penetapan tambah nilai automatik bagi memastikan baki pada Touch ‘n Go eWallet sentiasa mencukupi. 

“Untuk mendapatkan dan memasang tag tersebut melalui Pusat Pemasangan RFID, rujuk https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

“Anda juga boleh mendapatkan tag tersebut secara online melalui pautan https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag. Untuk maklumat lanjut sila klik https://rfid.touchngo.com.my/faq atau https://rfid.plus.com.my/faq.html,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts