fbpx

‘Teka-teki’ Hamilton

Woking, England: Formula Satu tidak boleh mengandaikan Lewis Hamilton kekal dalam sukan itu selepas peluang meraih gelaran kelapan musnah dengan cara kontroversi, menurut ketua McLaren, Zak Brown.

Hamilton, 37, terus menyepikan diri sejak musim 2021 berakhir di Abu Dhabi bulan lalu dan pasukannya Mercedes mendedahkan pelumba itu menunggu respon FIA mengenai apa yang berlaku.

“Saya tak terkejut jika dia berhenti. Jadi saya tak fikir sesiapa pun boleh menganggap dia akan kembali,” kata Brown kepada media di kilang McLaren.

“Pendapat peribadi saya dia akan kembali tetapi kami tak boleh ketepikan sahaja perasaan marah dan kecewanya,” kata Brown.

“Saya tak fikir kami boleh ambil mudah tetapi saya secara peribadi berpendapat dia masih bersemangat untuk berlumba dan itu akan mempengaruhi keputusannya.”

Brown berkata Hamilton masih di kemuncak prestasi dan seorang pejuang.

“Saya tak fikir dia sedia bersara,” katanya. “Insiden kontroversi di atas litar tidak akan membiarkan dirinya terganggu.”

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts