fbpx

RMT: Siasat sekolah beri nasi putih, kuah kepada murid

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan siasatan dilakukan.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dr Radzi berkata, KPM tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts