fbpx

Tyson hilang minat bertarung

LAS VEGAS: Mike Tyson sedang mempertimbangkan untuk kembali bersara selepas kepulangannya lebih menjurus kepada faktor kewangan berbanding keseronokan.

Legenda tinju heavyweight dunia itu kembali bertarung pada November 2020 selepas 15 tahun mengumumkan persaraan.

Tyson, 55, mencatat keputusan seri dalam pertarungan pertunjukan menentang Roy Jones Jr, 53, yang mendapat sambutan hangat.

Namun selepas kejayaan aspek komersial dalam kepulangan Tyson, dia mengakui tinju kembali menjadi beban buatnya.

“Saya tidak rasa saya akan bertarung lagi, tetapi ia sukar diduga. Setiap 12 ke 13 bulan, pasti ada sesuatu yang hilang. Tiba-tiba saya kehilangan jisim otot, ia sentiasa sesuatu yang berbeza.

“Mereka mahu bertarung dengan saya untuk AS$100 juta (RM420.31 juta). Saya tidak rasa saya akan lakukan perkara begitu lagi.

“Saya melakukannya buat kali pertama hanya untuk suka-suka. Sesetengah orang menjadikannya untuk keuntungan dan keseronokannya mula hilang,” kata Tyson.

Antara pertarungan yang dirancang ialah menentang seteru lama Evander Holyfield, 59, dan Lennox Lewis, 56.

Bintang YouTube Logan dan Jake Paul, 26 dan 25 tahun, juga dikatakan berminat bertarung dengan bekas juara heavyweight dunia termuda sepanjang zaman itu. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts