fbpx

Federer berdebar tunggu dua bulan

Paris: Roger Federer percaya dia akan mengetahui antara April-Mei sama ada dia boleh kembali beraksi dalam saingan tenis atau sebaliknya.

Pemain berusia 40 tahun dan pemenang 20 kejuaraan Grand Slam tidak beraksi sejak tersingkir suku akhir Wimbledon di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz pada Julai tahun lalu sebelum menjalani pembedahan lutut.

“Saya mahu kembali dengan kuat dan memberikan prestasi yang terbaik,” kata bintang Switzerland itu.

“Untuk memberikan anda sedikit perkembangan. Saya mempunyai beberapa bulan akan datang yang menarik dan cukup penting buat saya. Saya rasa dapat mengetahui dengan lebih lanjut pada April-Mei.

“Tumpuan saya masih di sana. Saya sangat bermotivasi melakukan kerja saya.”

Federer hanya beraksi 13 perlawanan dalam 2021. Dia juga menjalani dua pembedahan lutut pada 2020 ketika dia hanya beraksi enam kali.

Ketiadaannya menyebabkan ranking bekas pemain nombor satu dunia itu merudum kepada 30.

“Saya kembali ke gimnasium lagi. Saya bekerja keras daripada yang dibenarkan jadi ia masih dalam keadaan baik sekalipun agak perlahan,” kata Federer dalam satu sidang video yang diadakan.

Federer memenangi 20 gelaran Grand Slam dengan kejuaraan terakhir dicapai di Terbuka Australia pada 2018.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts