fbpx

Hamilton mampu buat Masi dipecat

LONDON: Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton didakwa cuba membuatkan pengarah perlumbaan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Michael Masi dipecat.

Hamilton berdiam diri sejak tewas pada penentuan kejuaraan Formula Satu (F1) yang mencetus kontroversi apabila Masi gagal mematuhi peraturan kereta keselamatan dengan betul.

Ia membolehkan Max Verstappen memintas Hamilton pada pusingan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi – sekali gus mengesahkan kejuaraan pada perlumbaan terakhir musim lalu.

Timbul tanda tanya berkaitan masa depan Hamilton dalam sukan itu manakala dia dan pasukan Mercedes menanti laporan FIA berkenaan tindakan Masi di Abu Dhabi.

Bagaimanapun pelumba Belanda Jeroen Bleekemolen berkata pengaruh Hamilton mampu menyebabkan perubahan.

“Hamilton sedang cuba menambah tekanan ke atas persekutuan permotoran FIA dan amat berkuasa. Saya rasa dia cuba mengeluarkan seseorang, seperti pengarah perlumbaan Michael Masi.

“Lewis mahu menukarnya. Dia mampu melakukannya. Dia mempunyai pengaruh sebagai pelumba hebat. Seseorang akan lenyap.

“Pendapatnya diberi perhatian dan semua orang bercakap tentangnya – ia memberi tekanan ke atas FIA. Mereka perlu masuk campur dan membuat perubahan.

“FIA perlu tampil dengan alasan kukuh, jika tidak perkataan pertama Hamilton ialah sesuatu yang pasti tidak akan disukai kepimpinan F1,” kata Bleekemolen.

FIA sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan jawatan timbalan pengarah perlumbaan, sekali gus menghalang Masi daripada berhubung terus dengan pasukan-pasukan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts