fbpx

KKM bincang buka sempadan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan masih meneliti bagi menetapkan nilai ambang bagi membolehkan lebih banyak kelonggaran, termasuk pembukaan sektor ekonomi dan sempadan negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata beberapa aspek sedang diperhalusi menerusi perbincangan peringkat kementerian itu.

Katanya, antara nilai ambang yang diambil kira ialah kadar liputan dos penggalak dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak, bagi memastikan tahap perlindungan daripada jangkitan COVID-19 lebih menyeluruh.

“Apa nilai ambang yang kita rasa selesa ini akan kemudian disyorkan kepada jawatankuasa kuartet. Saya ada idea dalam pemikiran, tetapi tidak boleh dedahkan lagi.

“Kita sudah hampir ke peringkat itu (pembukaan lebih banyak sektor, kelonggaran dan pembukaan sempadan). Namun, saya nak lihat sikit lagi perkembangan dalam liputan dos penggalak dan PICKids (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak).

“Saya merayu untuk semua ambil dos penggalak untuk kita buka sempadan negara dan syorkan supaya lebih banyak kelonggaran diberikan,” katanya pada sidang media di Hospital Tunku Azizah, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts