fbpx

Agong hargai komitmen kerajaan tingkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai komitmen kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan inisiatif berteraskan prinsip menjaga kebajikan, meringankan kos sara hidup dan menaikkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan.

Sebagai contoh, baginda menyambut baik program pembangunan usahawan anak muda kota Wilayah Persekutuan yang berjaya memberi impak dalam meningkatkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan pascapandemik COVID-19.

“Selain itu, bantuan kepada golongan miskin di 178 kawasan perumahan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur juga membantu meringankan kos hidup ditanggung golongan miskin bandar,” titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, di sini, hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Ketika menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik komitmen menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah sejahtera dan mapan untuk didiami semua golongan menerusi agenda penyediaan perumahan mampu milik.

Baginda bertitah, inisiatif Residensi Prihatin Keluarga Malaysia dan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia antara inisiatif bakal membantu warga Wilayah Persekutuan dan golongan B40 serta M40 memiliki rumah sendiri yang selesa dan berkualiti.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts