fbpx

Ejen hartanah tidak mengaku cuba bunuh polis

Petaling Jaya: Ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh selepas melanggar seorang anggota polis dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Seri Kembangan, Sabtu lalu.

Yap Kah Wai, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mengikut pertuduhan, Yap didakwa cuba membunuh Lans Koperal Meor Asri dengan melanggar mangsa menggunakan kereta jenis Toyota Vios di SJR di Jalan Besar Seri Kembangan menghala ke Pekan Seri Kembangan pada 1.50 pagi, 5 Februari 2022.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit bersalah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh mengambil kira mangsa mengalami cedera parah selain tertuduh turut memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

Mahkamah memutuskan tertuduh tidak boleh diikat jamin dan menetapkan 17 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang anggota polis yang bertugas dalam SJR di Seri Kembangan patah kaki kanan dan menerima enam jahitan di kepala serta cedera tangan akibat dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai positif dadah.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts