fbpx

Lesap RM45,400…

Kuantan: Seorang peniaga lelaki kerugian lebih RM45,400 selepas terpedaya dengan ugutan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 32 tahun menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN yang mendakwa dia mempunyai tunggakan cukai syarikat sebanyak RM52,978.00.

Menurutnya, mangsa bertindak menafikan dakwaan berkenaan dan kemudian mangsa disambung dengan individu yang menyamar sebagai ‘Sarjan Siva’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

“Mangsa mengisi maklumat akaun bank yang disediakan suspek dan semalam mangsa menyedari wang dalam akaun banknya hilang sebanyak RM45,400.60.

“Mangsa ke bank untuk membuat semakan dan terbukti berlaku pindahan wang ke akaun satu akaun. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts