fbpx

Atlet Rusia berusia 15 tahun positif bahan terlarang

2022 Beijing Olympics - Figure Skating - Team Event - Women Single Skating - Short Program - Capital Indoor Stadium, Beijing, China - February 6, 2022. Kamila Valieva of the Russian Olympic Committee in action. REUTERS/Aleksandra Szmigiel

Beijing: Bintang luncur ais berusia 15 tahun, Kamila Valieva yang mengetuai Rusia meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Sejuk minggu ini, didapati positif menggunakan ubat jantung yang dilarang sebelum ke temasya itu, lapor media Rusia.

Keputusan itu boleh menyebabkan Rusia kehilangan emas acara berpasukan selain memberi ancaman kepada Kamila dalam acara individu yang bermula Selasa ini.

Atlet Rusia bertanding dekat Beijing di bawah nama Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) selepas negara itu diharamkan kerana terbabit secara besar-besaran dengan program doping yang ditaja pada Sukan Olimpik Sochi 2014.

Sampel berkenaan diperoleh sebelum Kamila memenangi kejuaraan Eropah bulan lalu, lapor akhbar RBC.

Ubat yang dikesan adalah trimetazidine, yang digunakan untuk rawatan angina dan vertigo, menurut akhbar Kommersant.

Ia diharamkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia kerana boleh meningkatkan pengaliran darah dan membantu daya tahan.

Rusia memenangi pingat emas dalam acara berpasukan dengan Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa manakala gangsa milik Jepun tetapi majlis penyampaian hadiah semalam tidak dilangsungkan seperti dirancang.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Mark Adams berkata ‘kes perundangan aktif’ berhubung dengan upacara penyampaian pingat itu sedang berlangsung ketika ini dan oleh itu dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan.

“Kami berdepan situasi yang dicetuskan semalam yang menyebabkan pelbagai implikasi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts