fbpx

Hujan dijangka berterusan hingga 14 Februari

KUALA LUMPUR: Luruan angin timuran dijangka berterusan sehingga 14 Februari menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan kategori waspada juga dikeluarkan bagi selatan Pahang dan timur Johor hari ini.

Ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Pada masa sama, cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir juga dijangka di negeri Pantai Barat Semenanjung, Barat dan tengah Sarawak serta Barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam, ” kata MetMalaysia, hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

MET MALAYSIA – Laporan Cuaca 10 Februari 2022 (Pagi)

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews