fbpx

5 pegawai kanan MARA dipanggil ke SPRM petang ini

Foto oleh MALAYMAIL / Hari Anggara.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA), hari ini, untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Sumber SPRM berkata, mereka dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, jam 3 petang ini.

“Kami ada maklumat bahawa beberapa individu daripada MARA akan hadir pada petang nanti untuk direkod keterangan berkaitan kes itu.

“Individu berkenaan membabitkan pegawai kanan MARA,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai 17 individu, termasuk lima pegawai kanan MARA, akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat.

Setakat ini, SPRM sudah memanggil 14 saksi meliputi empat ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation (MARA Corp), tujuh lagi dari pengurusan MARA Corp, dua pegawai MARA dan seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.

Isnin lalu, sepasukan pegawai SPRM turut menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan agensi bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts