fbpx

Ronaldo semakin tumpul, perlahan

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo kelihatan begitu hampa dan kecewa ketika meninggalkan Old Trafford Sabtu lalu – selepas hanya terikat 1-1 menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kepulangannya ke Manchester United pada awalnya kelihatan memberangsangkan, namun kini ia bertukar menjadi musim paling buruk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris kelab itu.

Malah lebih malang lagi buat Ronaldo, yang mengharapkan untuk menamatkan karier gemilangnya bersama kelab yang pernah melonjak namanya, apabila dipersalahkan di atas kemerosotan United musim ini.

Pemain-pemain muda dikatakan terganggu dengan kehadiran bintang Portugal itu kerana terpaksa memikirkan untuk membuat hantaran kepadanya berbanding bermain mengikut naluri sendiri.

Namun masalah lebih besar lagi ialah sentuhan Ronaldo juga sudah mula hilang bisanya. Dia juga sering terperangkap dengan kedudukan ofsaid – sesuatu yang boleh dielakkan jika kepantasannya sama seperti dulu.

Ronaldo, 37, dilaporkan sedang memikirkan sama ada ini adalah musim terakhirnya, atau mampukah dia terus beraksi pada kemuncak prestasinya.

Kemarau jaringan dalam enam perlawanan terakhirnya adalah tempoh paling panjang diharungi Ronaldo sejak Januari 2009 – ketika dia berada pada prestasi terbaiknya. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts