fbpx

Kedah catat kes positif harian tertinggi semalam

Alor Setar: Kedah mencatatkan 2,733 kes positif baharu semalam, iaitu yang tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh negara dua tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, berkata peningkatan kes berlaku adalah disebabkan kegagalan individu yang menjadi kontak rapat patuh kepda prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Data menunjukkan berlaku ketidakpatuhan SOP dalam kalangan individu yang menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di negeri.

“Adalah diingatkan pematuhan SOP penting bagi mengelak kes merebak kepada ahli keluarga dan komuniti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Kedah mencatatkan 2,733 kes baharu dengan 2,722 adalah kes tempatan dan 11 kes import selain tiga kematian dilaporkan berlaku.

Ini menjadian keseluruhan kes aktif negeri berjumlah 16,475 ketika ini.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts