fbpx

Awas cabaran Kazakhstan – Tze Yong

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong melihat lawannya Kazakhstan bagaikan menyembunyi kekuatan sekali gus tidak mahu memandang rendah kepada mereka seandainya diturunkan pada perlawanan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 esok (khamis).

Tze Yong, 21 berkata, dia tidak pernah membezakan lawannya berdasarkan pencapaian semasa malah menganggap mereka tetap akan memberikan tentangan sengit dalam usaha meraih mata kemenangan untuk pasukan masing-masing.

Dia yang juga juara Terbuka Poland musim lalu akan berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memastikan memperoleh mata untuk pasukan supaya layak ke pusingan seterusnya.

“Kazakhstan adalah pasukan yang semakin meningkat sekali gus kita perlu melakukan persiapan sebaik mungkin untuk berdepan mereka.

“Jika diturunkan oleh jurulatih, saya fokus mahu menyumbang mata untuk pasukan dan paling penting adalah tidak pandang rendah kepada lawan kerana kejohanan berpasukan ini segalanya boleh berlaku.

“Saya tidak pasti kekuatan Kazakhstan kerana sudah lama tidak bermain malah corak permainan mereka pun tidak tahu. Mungkin nanti ada kesukaran namun peluang untuk layak ke separuh akhir tetap ada,” katanya.

Mengikut rekod, pasukan negara yang diundi dalam kumpulan B dijadualkan akan bertemu Kazakhstan pada esok(hari ini) sebelum melengkapkan saingan menentang Jepun pada Jumaat ini.

Tze Yong ketika ini yang dilihat antara pemain yang menyerlah sekali gus mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pemain terbabit mengharungi musim cemerlang sepanjang tahun tahun lalu dengan merangkul tiga kejohanan tahap rendah di Eropah dengan menjuarai Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Terbuka Belgium dan Terbuka Scotland.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts