fbpx

COVID-19: 39 kematian baharu direkod, 17 BID

— Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 39 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,239 orang, daripada lebih 3.06 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 17 daripada 39 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.Sementara itu, terdapat 217, 782 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 204,876 individu atau 94.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,571 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).Sebanyak 7,719 kes dirawat di hospital dan 216 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 75 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 141 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts