fbpx

Hishammuddin positif COVID-19

Foto: AP

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif COVID-19.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala, selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada 18 Februari lalu,” kata kenyataan berkenaan.

Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

“Marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau dan setiap individu yang dijangkiti wabak COVID-19 ketika ini segera dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT, seterusnya dapat kembali menjalani rutin harian seperti sediakala. Insya-Allah,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts