fbpx

Peperiksaan SPM bermula Rabu ini

Photo: BERNAMA

PUTRAJAYA: Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, akan dilaksanakan mulai 2 Mac hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut dan sebanyak 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara terlibat.

“Semua calon diingatkan merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” kata KPM.

Semua calon diingatkan agar membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi http://lp.moe.gov.my.

Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts