fbpx

Perkukuh strategi hadapi COVID-19 – Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah has issued a reminder to the person who will be appointed to undergo a confidence vote in the Dewan Rakyat once it is confirmed. — Bernama pic

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak semua pihak mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran COVID-19.

Baginda bertitah, pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan supaya negara tidak ketinggalan.

“Kita perlu bantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara tercinta,” titah baginda ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Seri Paduka tiba Parlimen pada jam 10.20 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat ,Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.

Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.

Al-Sultan Abdullah bertitah, tahun 2021 menyaksikan pemulihan ekonomi negara yang semakin baik pasca pandemik COVID-19.

Namun, titah baginda, kemunculan varian baharu Omicron di seluruh dunia dan bencana banjir yang melanda pada penghujung 2021 sedikit merencatkan pemulihan ini.

“Beta menghargai tindakan pantas kerajaan membantu mangsa banjir menerusi penyaluran bantuan bernilai RM1.4 bilion secara terus kepada mereka yang terkesan.

“Selain itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan kewangan bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam berjumlah RM6 bilion,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts