fbpx

PM Ismail Sabri umum bantuan kepada mangsa banjir esok

Keadaan Jalan Meranti - Rantau Panjang di Kampung Bakong, Pasir Mas yang masih dinaiki air petang semalam. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan bentuk bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dalam lawatan Perdana Menteri ke Kelantan dan Terengganu, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pengumuman itu dijangka membabitkan bantuan wang ihsan dan bantuan lain kepada mangsa terjejas bencana itu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai jenis bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan asal mengenai langkah drastik bagi menangani banjir di Pantai Timur, Abdul Latiff berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (MDCC) sudah mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir.

Notis itu, katanya, dikeluarkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah serta menerima maklum balas amat positif daripada pelbagai agensi, sejak 23 Februari lalu.

Memperincikan kawasan terjejas kejadian banjir di Pantai Timur, beliau berkata, sebanyak tujuh daerah di Kelantan, manakala lapan lagi di Terengganu terjejas akibat kejadian itu ketika ini.

“Semua kita tahu kemuncak pemindahan (mangsa) banjir adalah antara 26 hingga 28 Februari tetapi oleh kerana kita bekerjasama dengan METMalaysia (Jabatan Meteorologi) dan maklumat awal disampaikan awal kepada negeri dan daerah.

“Maka, kesiapsiagaan di peringkat negeri dan daerah di Kelantan dan Terengganu dapat dijalankan dengan suasana amat positif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Mersing.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts