fbpx

Lelaki OKU hilang ketika main air banjir

PASIR MAS: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kehilangan Muhamad Faizal Abd Rahman disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.

“Semasa kejadian, ibu mangsa sedang membersihkan kedai makan miliknya di Kampung Tok Sangkut manakala Muhammad Faizal sedang bermain berhampiran kedai milik ibunya itu,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Mohd Nasaruddin, selepas itu wanita berkenaan menyedari Muhammad Faizal sudah tiada di kawasan tersebut.

Beliau berkata, Che Fatimah kemudian bertanya kepada cucunya berusia 12 tahun yang memberitahu melihat Muhammad Faizal berada di kawasan masjid berhampiran kedai makan miliknya.

Mohd Nasaruddin berkata, Che Fatimah kemudian mencari anaknya di kawasan sekitar namun gagal ditemui.

“Che Fatimah datang ke Balai Polis Jeram Perdah untuk membuat laporan. Dia mengesyaki anaknya telah lemas dihanyutkan oleh air banjir yang melanda kawasan sekitar,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts