fbpx

Kedah kaji keperluan dos penggalak ke tempat awam termasuk masjid

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor said through the state government special executive council meeting last week, all 12 local authorities in the state would not approve any application for licence renewal for gambling premises. -BERNAMA pic

Padang Terap: Kerajaan negeri akan mengkaji keperluan hanya membenarkan individu lengkap suntikan vaksin dos penggalak ke tempat awam termasuk masjid berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri dalam tempoh terdekat.

“Ada ramai orang tidak faham hal yang dibangkitkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di masjid. Sebenarnya ada keperluan yang kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbuat demikian (dos penggalak).

“Saya akan panggil untuk Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri bagi lihat semua kemungkinan itu sama ada perlu atau tidak lengkap dos penggalak untuk ke masjid dan tempat awam, kita akan kaji dalam mesyuarat itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bangunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah, Pekan Naka di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi, berkata setakat ini beliau belum pasti mengenai jumlah individu di Kedah yang sudah menerima suntikan dos penggalak namun jumlah kanak-kanak yang menerima vaksin sudah melebihi 51,000 orang menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids).

Beliau sangat berharap orang ramai dapat mematuhi SOP walaupun individu yang dijangkiti varian Omicron tidak begitu serius.

“Saya sendiri turut ambil langkah kuarantin diri selama lima hari apabila isteri dan anak saya positif Covid-19 baru-baru ini, buat sementara waktu isteri dan anak saya duduk rumah lain dan saya rumah lain” katanya.

Muhammad Sanusi berkata pihaknya turut mengeluarkan pekeliling baharu supaya pejabat di bawah kerajaan negeri terus dibuka sekiranya terdapat kakitangan positif Covid-19.

“Apabila seorang kakitangan yang positif, hanya kakitangan itu saja yang akan bercuti, kakitangan yang menjadi kontak rapat dan tidak bergejala tetap perlu datang kerja.

“Banyak mesyuarat juga kini dilakukan secara dalam talian, program dan majlis juga dihadkan,” jelas beliau.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts