fbpx

32,054 kes dilaporkan penularan tempatan

Foto: Reuters

PUTRAJAYA: Sebanyak 32,054 kes daripada 32,467 yang dilaporkan dijangkiti COVID-19 semalam terdiri daripada penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mereka terdiri daripada 31,106 warganegara (97.0 peratus) dan 948 bukan warganegara (3.0 peratus).

Beliau berkata, baki 413 kes lagi adalah kes import iaitu 355 rakyat Malaysia (86.0 peratus) dan 58 warga asing (14.0 peratus).

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 355 dikesan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu145 kes disahkan COVID-19 dan 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan dan sebanyak 208 kes memerlukan bantuan pernafasan membabitkan 82 kes disahkan COVID-19 dan 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Daripada 32,467 kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 231 kes (0.71 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 32,236 kes (99.29 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 10,828 kes atau 33.35 peratus adalah kes Kategori 1; Kategori 2 mencatatkan sebanyak 21,408 kes (65.94 peratus); Kategori 3 dengan 100 kes (0.31 peratus); Kategori 4 membabitkan 63 kes (0.19 peratus); dan 68 kes atau 0.21 peratus lagi dalam Kategori 5.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati 60 atau 25.98 peratus daripada 231 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang dilaporkan semalam, membabitkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 115 kes (49.78 peratus) sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 56 kes (24.24 peratus) sudah menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, KKM juga melaporkan sebanyak 127 kes (54.98 peratus) positif membabitkan individu berusia 60 tahun dan ke atas; 74 kes (32.03 peratus) mempunyai komorbid; dan satu kes (0.43 peratus) adalah kes ibu hamil.

Sementara itu, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19 membabitkan katil kes kritikal atau ICU di seluruh negara menunjukkan penurunan apabila enam negeri berbanding sembilan yang mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Negeri terbabit adalah Putrajaya dengan penggunaan mencecah 83 peratus daripada enam katil yang diperuntukkan untuk rawatan pesakit COVID-19; Kelantan (60 peratus daripada 48 katil); Kuala Lumpur (58 peratus daripada 26 katil); Selangor (57 peratus daripada 82 katil); Johor (57 peratus daripada 54 katil), dan Pulau Pinang (50 peratus daripada 47 katil).

Dr Noor Hisham berkata, bagi penggunaan Katil Bukan ICU sebanyak 12 negeri menunjukkan peratus pengisian melebihi 50 peratus iaitu Selangor (111 peratus), Perak (105 peratus), Perlis (98 peratus), Kuala Lumpur (91 peratus), Putrajaya (88 peratus), Kelantan (74 peratus), Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus), Terengganu (65 peratus), Perlis (63 peratus), Sarawak (62 peratus), dan Sabah (55 peratus).

Melaka kekal menunjukkan, peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada kadar 58 peratus.

Selain itu, bilangan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) setakat semalam meningkat kepada 204 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator COVID-19 ialah 24 peratus.

“Kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital semalam membabitkan sebanyak 2,048 kes.

“Daripada 2,048 kes ini, sebanyak 745 kes (36.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 1,303 kes (63.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts