fbpx

Banjir Kelantan semakin pulih

Anggota polis membantu mangsa banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai hari ini. Foto: Kosmo

Kota Bharu: Banjir di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 4,514 orang sehingga 9 pagi ini, berbanding 5,691 orang petang semalam.

Mangsa berkenaan daripada 1,459 keluarga, ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tumpat.

Mereka terdiri daripada 1,342 lelaki dewasa, 1,574 wanita dewasa, 803 kanak-kanak lelaki, 748 kanak-kanak perempuan dan 74 bayi.

Keadaan cuaca yang baik juga menyebabkan tiga PPS di Pasir Mas ditutup petang semalam, berikutan kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts