fbpx

Rujuk prosedur negara ingin dilawat

Putrajaya: Individu yang baru dijangkiti Covid-19 serta sudah tamat tempoh kuarantin dalam jangka masa 60 hari perlu mengemukakan surat ‘Fit To Travel‘ daripada pihak hospital sekiranya ingin masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, surat berkenaan akan ‘mengukuhkan’ ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang diperlukan untuk masuk ke negara ini.

“Untuk individu di negara ini yang mahu ke luar negara mereka perlu rujuk prosedur negara yang ingin dilawati. Mereka kena patuh kehendak negara berkenaan contohnya melakukan ujian RT-PCR 48 jam sebelum bertolak.

“Tapi untuk prosedur di Malaysia, pengembara yang pernah positif dalam tempoh 60 hari itu perlu kemukakan surat ‘Fit to Travel’ (jika dirawat di hospital) atau jika tak dirawat di hospital, jalani ujian saringan profesional dua hari sebelum berlepas,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, individu yang sudah dijangkiti Covid-19 serta selesai menjalani kuarantin tidak perlu membuat ujian ulangan bagi memastikan tiada lagi virus berkenaan di dalam badan.

Beliau berkata ini kerana ujian seperti RT-PCR itu sangat sensitif dan akan mengesan kehadiran genetik virus berkenaan menerusi saluran pernafasan dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas dijangkiti, misalnya dalam tempoh ‘viral shedding.’

Namun beliau berkata, walaupun keputusan ujian RT-PCR itu masih positif tetapi ia sudah tidak dapat membiak dan individu itu (dijangkiti Covid-19) tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts