fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat sehingga 10 pagi

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 10 pagi ini, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 7.05 pagi itu memaklumkan kawasan terbabit ialah di Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pulau Pinang.

Turut terbabit ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Melaka.

Sementara, di Negeri Sembilan, ia membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor (Tangkak).

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews