fbpx

NADMA pertimbang bantuan kematian akibat kesan Long COVID-19

Malaysia recorded 98 deaths due to Covid-19 on Wednesday, bringing the death toll to 28,674. ― Picture by Miera Zulyana

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedia mempertimbangkan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada mereka yang meninggal akibat kesan Long COVID-19.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata ia boleh dipertimbangkan selama mana sijil kematian yang dikemukakan memenuhi syarat ditetapkan.

“Syarat utama bagi bantuan ini adalah sijil kematian yang dikemukakan hendaklah jelas tertulis COVID-19 sebagai sebab kematian.

“NADMA tiada halangan untuk mempertimbangkan bantuan ini kepada mereka yang meninggal akibat kesan ‘long COVID-19’ selama mana sijil kematian yang dikemukakan memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat 28 Februari lalu, NADMA sudah meluluskan sebanyak 17,867 permohonan yang layak dan lengkap dengan jumlah bayaran sebanyak RM89.335 juta.

“NADMA tidak boleh mempertimbangkan pemberian bantuan kepada waris tanpa permohonan kerana pembayaran bantuan adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank waris.

“Selain itu, lantikan atau pemilihan waris yang akan menerima bantuan terbabit bagi pihak, perlu dipersetujui oleh kalangan ahli keluarga terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu di pihak kerajaan,” katanya.

NADMA pada Julai tahun lalu memaklumkan, waris kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 sebanyak RM5,000.

NADMA memaklumkan bantuan wang tunai secara sekali bayaran itu akan diberikan kepada waris yang memenuhi syarat ditetapkan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts