fbpx

Perdana Menteri umum pembukaan sempadan negara petang ini

PUTRAJAYA, 31 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika Perutusan Khas Tahun Baharu 2022 hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Dec 31 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob addressing the 2022 New Year Special Message today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan hala tuju baharu pengurusan pandemik COVID-19 negara pada jam 5.30 petang ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pada sidang media itu juga, Perdana Menteri dijadual akan mengumumkan perancangan negara membuka sempadan antarabangsanya.

“Ismail Sabri akan umumkan hala tuju pengurusan pandemik dan perancangan pembukaan sempadan antarabangsa negara pada jam 5.30 petang ini,” ciapnya di Twitter beliau sebentar tadi.

https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1501068052829401090

Sidang media itu dijadual berlangsung di Bilik Media Parlimen, di bangunan Parlimen petang ini, turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform Facebook (FB) Live.

Khairy sebelum ini memaklumkan Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu.

BH sebelum ini melaporkan, kerajaan menjangkakan membuka pintu sempadan negara sepenuhnya pada awal suku kedua tahun 2022 selepas selesai menyediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tidak lama lagi.

KKM juga diarahkan untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts