fbpx

Kes kematian COVID-19 meningkat 3 hari berturut-turut

Foto: EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Kes kematian akibat COVID-19 meningkat tiga hari berturut-turut, menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah angka 33,497.

Sebanyak 77 kematian direkodkan pada Isnin lalu, meningkat sedikit kepada 79 kelmarin, dan melonjak kepada 113 kes semalam.

Mengikut statistik semalam dikeluarkan portal GitHub, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12) dan Pulau Pinang (10).

Negeri yang mencatatkan kematian di bawah 10 kes adalah Pahang dengan sembilan kes diikuti, Perak (tujuh), Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) serta Melaka, Perlis, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing dua).

Daripada keseluruhan 113 kes itu, 41 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kelmarin, Johor merekodkan angka kematian tertinggi dengan 16 kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan 13 kematian.

Negeri lain mencatatkan pertambahan angka korban ialah Selangor dengan 11 kematian, masing-masing lima kes di Sabah dan Pahang, empat di Kelantan, tiga di Melaka, masing-masing dua di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur serta satu di Negeri

Sembilan.

Daripada jumlah kematian dilaporkan itu, 19 kes membabitkan BID.

Kematian pada Isnin lalu, pula merekodkan angka tertinggi dengan 13 kes kematian di Johor, diikuti 12 di Kedah, serta masing-masing enam kes di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, masing-masing lima kes dikesan di Negeri Sembilan dan Sabah, empat kes masing-masing di Melaka dan Perak, tiga kes masing-masing di Pahang dan Labuan serta masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Keseluruhan kes itu termasuk 26 BID.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts