fbpx

Pang Ron, Yee See tarik diri di Terbuka Switzerland

Foto: www.badminton­photo.com

Kuala Lumpur: Ketika tiga pasangan beregu campuran negara berjaya melepasi pusingan pertama Terbuka Switzerland nasib kurang baik buat gandingan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang terpaksa menarik diri di kejohanan berkenaan.

Mereka terpaksa berbuat demikian apabila Yee See disahkan positif Covid-19 sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada pasangan Indonesia, Rehan Kusharjanto-Lisa Kusmawati.

“Pang Ron-Yee See terpaksa menarik diri selepas Yee See diuji positif Covid-19,” jelas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kempen beregu campuran negara di kejohanan bertaraf Super 300 itu dimulakan dengan cemerlang oleh pasangan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas berjaya menumpaskan lawan dari India, MR Arjun-Tressa Jolly.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan keempat berjaya mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-17 dalam aksi selama 37 minit.

Satu lagi pasangan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mengikut jejak langkah sama apabila menumbangkan Dhruv Kapila-Gayatri Gopichand Pullela.

Pilihan keenam berkenaan mengambil masa selama 35 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-18, 21-15.

Kian Meng-Pei Jing selepas ini akan berdepan pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Amelle Megalund, manakala Soon Huat-Shevon menentang Adam Hall-Julie Macpherson dari Scotland di pusingan kedua.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah Chen Tang Jie-Peck Yen Wei apabila mereka berjaya bangkit ketika tumpas di set pertama untuk menyingkirkan satu lagi pasangan India, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto.

Selepas kalah di set pertama Tang Jie-Yen Wei hampir ditunjukkan jalan keluar ketika hujung saingan set kedua namun mereka berjaya bertahan untuk mencatat kemenangan 18-21, 22-20, 21-14.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts