fbpx

Terengganu benarkan buka puasa di kawasan lapang

Foto: Fazz Isma

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri membenarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang termasuk di padang sekitar jambatan angkat sepanjang Ramadan kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

Bagaimanapun, katanya, penganjur bazar Ramadan diminta memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk melakukan penjarakan fizikal.

“Walaupun SOP bazar Ramadan dan Aidilfitri dilonggarkan, pengunjung yang disahkan positif COVID-19 dan diarah menjalani kuarantin dilarang hadir ke lokasi berkenaan.

“Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ke bawah disaran tidak ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri,” katanya kepada media pada Persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, saranan tidak menggalakkan kanak-kanak dibawa ke bazar Ramadan dan Aidilfitri berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan remaja memandangkan mereka belum mendapat vaksinasi lengkap.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan KKM akan menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa bagi memantau semua lokasi bazar Ramadan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts