fbpx

KJ jawab kontroversi MySejahtera petang ini

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka menjawab kontroversi data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera pada jam 4.30 petang ini.

Ia selepas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 17(1) itu dikemukakan oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip.

Ketika membacakan usul tersebut, Muhammad Zahid berkata, isu itu berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan kerana melibatkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia.

Selepas mempertimbang usul yang diterima pada Selasa, Rais bersetuju bahawa ia memenuhi tiga syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(3).

“Oleh demikian, dibenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17(3) pada petang ini, 31 Mac 2022, dalam dewan ini (Dewan Negara).

“Saya membenarkan pihak pencadang untuk berbahas selama 30 minit, dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab 30 minit.

“Tertakluk kepada pertanyaan dan pernyataan daripada Ahli-ahli Yang Berhomat, boleh lah menyertai perbahasan itu mengikut kadar dapat kita berikan pada ketika itu petang ini,” katanya pada Khamis.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews