fbpx

METMalaysia keluar amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi aktiviti perkapalan (kategori kedua) angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore, barat laut Reef Northsehingga 7 April,” katanya dalam kenyataan.

Menurut METMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North, Layang-Layang sehingga 7 April.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman dan Condore.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts