fbpx

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Pix for representational purpose only. Adib Rawi Yahya/THESUNpix

KUALA LUMPUR: Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4 peratus daripada populasi itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus sudah lengkap divaksinasi manakala 2,961,642 individu atau 95.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 15,922,033 individu dewasa atau 67.7 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,957,184 individu atau 97.6 peratus daripada populasi itu pula lengkap vaksinasi manakala 23,234,427 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 38,820 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 4,079 dos pertama, 28,469 dos kedua dan 6,272 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,221,371.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat COVID 19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak lima kes, diikuti Perak dengan dua kes manakala Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews