fbpx

Sektor pelancongan perlu budaya aspek keselamatan aktiviti luar

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan negara perlu membudayakan aspek keselamatan dalam setiap aktiviti luar yang dijalankan, bagi mengelak kejadian yang mengancam nyawa dan keselamatan pelancong.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata langkah itu perlu ketika negara kini sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak sebelum ini.

“Saya menggesa agar sektor pelancongan lebih berhati-hati apabila pelancong tempatan dan asing menuju ke destinasi kegemaran mereka dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar seperti mendaki gunung, menyelam skuba serta mengharungi jeram.

“Ini penting bagi mengelakkan kejadian yang membabitkan nyawa dan keselamatan pelancongan terancam. Kita sedang berusaha memulihkan ekonomi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak sebelum ini.

“Justeru, adalah amat diharapkan agar kita memberikan yang terbaik dalam segala aspek khususnya keselamatan bagi memastikan sektor pelancongan mendapat sambutan dan diterima baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai nasib malang menimpa empat penyelam warga asing yang hilang ketika aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor pada Sabtu lalu.

Tiga mangsa ditemui selamat, manakala seorang remaja dilaporkan masih hilang sehingga kini.

Susulan kejadian itu, polis menahan tekong bot yang digunakan pelancong terbabit selepas dikesan positif dadah jenis Methapethamine.

Lam Thye berharap polis telus dalam melaporkan segala bentuk kecuaian yang berlaku dalam insiden terbabit agar dapat menjadi pedoman dan pengajaran kepada sektor pelancongan selepas ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »