fbpx

4,608 kes ‘scammer’ di Selangor

Mohd. Zawawi (empat kiri) menunjukkan aplikasi Whoscall pada program tersebut.

SHAH ALAM –

Statistik itu diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi aduan dan laporan mangsa dalam tempoh berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, jumlah itu meliputi sebanyak 1,136 kes yang melibatkan transaksi dalam talian.

Katanya, rekod KPDNHEP Selangor menunjukkan kes scammer itu semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya.

“Aktiviti penipuan itu kini menjadi ancaman serius kerana mengakibatkan mangsa kehilangan sehingga ratusan ribuan ringgit.

“Keadaan itu mula berlaku sejak pandemik Covid-19 melanda terutama melibatkan transaksi wang tunai secara dalam talian,” katanya selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Kosmo! pada 29 Jun lalu melaporkan Polis Selangor mendedahkan sebanyak 1,354 kes penipuan dengan mencatatkan kerugian RM59.6 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Kata Mohd. Zawawi, orang ramai dinasihatkan terus peka dan berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa penipuan itu.

“Sebagai contoh, kita jangan terlalu obses untuk mempamerkan kemewahan atau harta di media sosial.

“Ia berikutan perkara seumpama itu akan dipantau scammer untuk dijadikan sebagai sasaran dan mangsa mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri dan Whoscall melibatkan penganjuran seminar atau kempen kesedaran mengenai aktiviti penipuan di negara ini.

“Whoscall merupakan aplikasi yang diperkenalkan sejak 2018 bagi membantu mengesan panggilan telefon dan dapat mengesan identiti pihak tertentu terutama scammer,” ujarnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts