fbpx

‘Maklumkan penguat kuasa negara ini jika tahu lokasi Jho Low berada’ – Hamzah

Rakaman wajah yang dilihat mirip Jho Low. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, (Gambar kecil)

PUTRAJAYA: Sebarang maklumat berhubung keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, sepatutnya dimaklumkan kepada penguat kuasa negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, turut mempersoalkan individu yang mendakwa melihat kelibat ahli perniagaan berkenaan di taman tema Disneyland, Shanghai.

“Dia tahu tapi kenapa tidak maklum kepada kita lokasi semua tu?” katanya menerusi sidang media selepas mengumumkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya hari ini.

Semalam media melaporkan Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berada di China.

Perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope menerusi episod pertama program Di Mana Jho Low yang disiarkan di aplikasi YouTube bermula semalam.

Hope bersama penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai yang dikatakan diambil pada malam Krismas 2019.

Rakaman wajah yang dilihat mirip Jho Low itu didakwa diterimanya daripada sumber boleh dipercayai.

“Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Jho Low berada di China. Malah kita menerima gambar beliau sedang bercuti di Disneyland Shanghai. Apa yang kita tahu bahawa Jho Low sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,” katanya.

Wartawan, Tom Wright dan Bradley Hope, yang melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low membuat dakwaan itu selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

Kedua-dua wartawan itu mendakwa bahawa Jho Low mungkin ditahan di China kerana berisiko membocorkan maklumat memalukan mengenai pembabitan China dalam projek pada era Najib di Malaysia. China berulang kali menafikan dakwaan bahawa mereka melindungi Jho Low.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts