fbpx

Tiada produk keluaran Mie Sedaap mengandungi racun perosak dijual di Malaysia – KKM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada mi segera Sup Pedas Korea dan Ayam Pedas Korea jenama Mie Sedaap keluaran Indonesia yang dilaporkan mengandungi kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak ada di jual di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dapatan melalui semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapati mi segera itu ada dijual di negara ini, namun tidak membabitkan tarikh luput yang ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA).

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai kehadiran etilena oksida yang dikesan dalam beberapa perisa produk Mie Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah mi segera Ayam Pedas Mie Sedaap Kore dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mie Sedaap Sup Pedas Korea dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“FoSIM mengesahkan produk berkenaan ada diimport ke negara ini. Bagaimanapun tiada kemasukan produk terbabit dengan dengan tarikh luput dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan dua produk Mie Sedaap ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

SFA berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus membuat pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara serta sentiasa peka danprihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Beliau berkata, etilena oksida adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ia adalah sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts