fbpx

Pengarah syarikat didenda RM8,000 jual kelengkapan komunikasi tak diperakui

MELAKA: Seorang pengarah syarikat menjual barangan elektrik dan elektronik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Hui Yee, 38, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Kota Laksamana pada pukul 12 tengah hari 4 Sept 2020.

Pertuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan yang sama dan Seksyen 244 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Chong, yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan memandangkan produk dijual tidak mendapat hasil jualan tinggi dan syarikatnya mengalami kerugian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mai Zairani Zainal Abidin berkata mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam kerana produk dijual boleh mengganggu frekuensi radio pengguna lain kerana tidak mendapat kelulusan sepatutnya.

Chong membayar denda itu.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »